Lapangan
Terbang Antarabangsa Melaka (Malacca International Airport, MIA) Templat:Airport
code adalah sebuah lapangan
terbang yang terletak di bandaraya
Melaka, Malaysia.
Lapangan
Terbang Antarabangsa Melaka terletak pada kedudukan Latitud N02* 15.7760',
Longitud E102* 15.1417' pada ketinggian 10.67 meter dari
aras laut.
Lapangan
Terbang Antarabangsa Melaka merupakan satu lapangan
terbang kecil yang kini hanya boleh diguna oleh pesawat jenis
turboprop. Lapangan terbang ini terletak di Batu Berendam iaitu
kira-kira 8 km dari pusat bandaraya di Melaka.
Lapangan
terbang ini kini telah berusia lebih 51 tahun. Ciri-ciri sejarahnya tercipta
dengan keberangkatan pulang Tuanku Abdul Rahman dari London yang membawa pulang
perkhabaran baik untuk Malaysia iaitu tarikh kemerdekaan Malaysia yang pertama
iaitu 31 Ogos 1957.
Dengan
kepesatan Melaka khasnya dan Malaysia amnya, kini lapangan terbang bersejarah
ini sedang melalui pengubahsuaian menyeluruh. Projek pengubahsuaian bermula
paada 16 April 2007. Kerja-kerja menaiktaraf lapangan terbang ini telah
diperlakukan dan dijangka siap pada tahun 2009. Setelah siap sepenuhnya nanti
lapangan terbang ini akan menerima pendaratan pesawat jenis Boeing 737 dan
Airbus 320.
Projek
pengubahsuaian sedang rancak dijalankan oleh kontraktor bumiputera yang
menerajui sebagai kontraktor utama iaitu syarikat UNI-Integrated Sdn Bhd,
Melaka. Projek ini diawasi oleh syarikat KLIACs iaitu anak syarikat KLIA.
Lapangan terbang ini akan dikenali sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa
Melaka. Lapangan Terbang Batu Berendam dalam proses hampir siap naiktarafnya.
Jika siap kelak penerbangan terus dari Melaka ke Pulau Pinang, Langkawi dan
Kota Kinabalu. Selain itu projek landasan berkembar elektrik dari Tampin ke
Melaka yang dicadangkan turut melalui lapangan terbang ini.
Majlis
minihandover lapangan terbang ini dijangka dilakukan pada pertengahan Mei 2009.
Iaitu diantara syarikat UNI-Integrated kepada KLIACs, dan KLIACs pula kepada
MAB. Selepas ini lapangan terbang Batu Berendam akan dikenali sebagai 'LAPANGAN
TERBANG ANTARABANGSA MELAKA' (Melaka International Airport-MIA).
Dalam
pada itu, projek Pemanjangan Landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka Fasa
II telah dilakukan. Jarak pemanjangan ini bermula dari 1,800 meter sedia ada
sekarang hingga ke 2,315 meter.
No comments:
Post a Comment