Monday, November 10, 2014

KETUA MENTERI DI MELAKA







Datuk Wira Ir. Haji. Idris bin Haji Haron merupakan Ketua Menteri Melaka yang ke-10 yang telah mengangkat sumpah pada 7 Mei 2013. Beliau juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Udang.

Dilahirkan pada 13 Mei 1966 di Asahan, Melaka. Beliau dibesarkan sebagai anak yatim apabila bapanya, Haron Hashim, seorang pesara Penghulu telah meninggal dunia semasa usianya baru 6 tahun. Setelah kematian bapanya, beliau telah dijaga oleh datuknya selama 6 bulan seterusnya dijaga oleh abangnya (berlainan ibu) yang juga seorang guru besar.

Mendapat pendidikan awal di beberapa sekolah seperti Sekolah Rendah Kebangsaan Simpang Bekoh, Sekolah Rendah Kebangsaan Belading, Sekolah Rendah Kebangsaan Asahan dan Sekolah Rendah Kebangsaan Kubu.

Kemudiannya mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah dan telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Seterusnya, beliau ditawarkan biasiswa ke Amerika Syarikat oleh Lembaga Letrik Negara (LLN). Akhirnya Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron menamatkan pengajian di Universiti Texas dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Elektrik (Kuasa).

Di dalam bidang pekerjaan pula, Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron pernah bertugas di Lembaga Letrik Negara (kini disebut TNB) sebagai jurutera dan juga pengurus iaitu sebagai jurutera Pengguna LLN, Kajang (1989), Jurutera Operasi TNB, Kajang (1991), Pengurus Struktur dan Perancangan TNB, Kajang (1993), Pengurus Operasi dan Senggaraaan TNB, Jasin (1998) dan Pengurus Bisnes Daerah TNB Distribution Sdn. Bhd., Melaka (1999). Manakala pada tahun 2000 beliau telah dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Daerah Alor Gajah (MDAG) kini disebut Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dari tahun 2000 hingga 2004.

Kini, beliau yang berumah tangga bersama Fadilah binti Abdullah mempunyai dua orang anak iaitu Luqman Hakim dan Amira.

Pembabitannya dalam politik bermula pada tahun 1993 apabila dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO di Klebang Kecil iaitu pada usia 28 tahun. Sangat aktif dalam penubuhan belia sehinggalah beliau menubuhkan Gerakan Belia 4B bagi Klebang Kecil.

Pada tahun 2004 Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron telah memenangi Piliharaya Umum bagi kerusi Parlimen Tangga Batu. Pada tahun 2008 pula, telah melakar kejayaan yang besar dengan memenangi kerusi Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Selain itu beliau juga pernah menyandang jawatan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dari tahun 2008 hingga 2009.

Pada Pilihanraya Umum tahun 2013, Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron telah memenangi kerusi di Dewan Undangan Negeri Sungai Udang mewakili Barisan Nasional (BN) menewaskan calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan majoriti besar iaitu sebanyak 9136 undi. Kemudiannya, pada tanggal 7 Mei 2013, beliau telah dilantik menjadi Ketua Menteri Melaka yang ke-10.

Sepanjang berkecimpung di dalam bidang belia, banyak anugerah dan pengiktirafan yang pernah diterimanya seperti Tokoh Maal Hijrah Kategori Belia, Tokoh Belia Negeri Melaka, Tokoh Belia Negara Peringkat Negeri Melaka Kategori Kepimpinan dan Keusahawanan serta Tokoh Belia Negara Kategori Kepimpinan yang mana semuanya diterima pada tahun 2003.

Antara amanah yang pernah dan sedang dipikul oleh beliau ialah sebagai Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Melaka, Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO Melaka, Naib Pengerusi Belia 4B Melaka, Pengerusi Belia 4B Tangga Batu, Penasihat Pengasih Melaka, Pengarah Akademi Kemahiran Melaka Sdn. Bhd. dan Ahli Jawatankuasa Penasihat Institut Kemahiran Belia Alor Gajah.

Di peringkat kebangsaan pula beliau telah membarisi Jawatankuasa Ahli Majlis Tertinggi Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Pengerusi Biro Antidadah dan Gejala Sosial Pemuda UMNO Malaysia, Penolong Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan (BNBC) dan Pengerusi Sekretariat Pembangunan Belia Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI).


MELAKA KINI



Negeri Melaka (Tulisan Jawi: ملاك; juga dikenali sebagai Melaka Negeri Bersejarah, Melaka Darul Azim atau NegeriHang Tuah). Pada tahun 2008 Melaka diisytiharkan oleh UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia (World Heritage). Negeri Melaka juga diisytiharkan sebagai 'Melaka Maju' pada 20.10.2010 pada jam 20:10 di Stadium Hang Jebat yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia langsung dari Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur. Melaka juga dinyatakan sebagai Negeri Bandar Teknologi Hijau.

Melaka adalah sebuah negeri yang terletak di barat Semenanjung Malaysia dan bersempadankan ;-

Negeri Sembilan di utara;

Johor di tenggara; dan

Selat Melaka di barat.



Kedudukan Melaka dalam persekutuan Malaysia yang terdiri daripada 14 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan) adalah seperti berikut:



Keluasan: keempat terkecil di Malaysia (tangga ke-11).



Penduduk: kedua terkecil di Malaysia (tangga ke-13).



Kepadatan penduduk: ke-4 terpadat di Malaysia.



Ibu negerinya Bandaraya Melaka. Walaupun merupakan negeri pertama mengasaskan Kesultanan Melayu, Melaka kini tidak mempunyai seorang Sultan, sebaliknya negeri ini diketuai oleh seorang Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri.

Negeri Melaka (Tulisan Jawi: ملاك; juga dikenali sebagai Melaka Negeri Bersejarah, Melaka Darul Azim atau NegeriHang Tuah). Pada tahun 2008 Melaka diisytiharkan oleh UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia (World Heritage). Negeri Melaka juga diisytiharkan sebagai 'Melaka Maju' pada 20.10.2010 pada jam 20:10 di Stadium Hang Jebat yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia langsung dari Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur. Melaka juga dinyatakan sebagai Negeri Bandar Teknologi Hijau.

Melaka adalah sebuah negeri yang terletak di barat Semenanjung Malaysia dan bersempadankan ;-

Negeri Sembilan di utara;

Johor di tenggara; dan

Selat Melaka di barat.

Kedudukan Melaka dalam persekutuan Malaysia yang terdiri daripada 14 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan) adalah seperti berikut:

Keluasan: keempat terkecil di Malaysia (tangga ke-11).

Penduduk: kedua terkecil di Malaysia (tangga ke-13).

Kepadatan penduduk: ke-4 terpadat di Malaysia.

Ibu negerinya Bandaraya Melaka. Walaupun merupakan negeri pertama mengasaskan Kesultanan Melayu, Melaka kini tidak mempunyai seorang Sultan, sebaliknya negeri ini diketuai oleh seorang Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri.


Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka

Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (Malacca International Airport, MIA) Templat:Airport code adalah sebuah lapangan terbang yang terletak di bandaraya MelakaMalaysia.
Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka terletak pada kedudukan Latitud N02* 15.7760', Longitud E102* 15.1417' pada ketinggian 10.67 meter dari aras laut.
Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka merupakan satu lapangan terbang kecil yang kini hanya boleh diguna oleh pesawat jenis turboprop. Lapangan terbang ini terletak di Batu Berendam iaitu kira-kira 8 km dari pusat bandaraya di Melaka.
Lapangan terbang ini kini telah berusia lebih 51 tahun. Ciri-ciri sejarahnya tercipta dengan keberangkatan pulang Tuanku Abdul Rahman dari London yang membawa pulang perkhabaran baik untuk Malaysia iaitu tarikh kemerdekaan Malaysia yang pertama iaitu 31 Ogos 1957.
Dengan kepesatan Melaka khasnya dan Malaysia amnya, kini lapangan terbang bersejarah ini sedang melalui pengubahsuaian menyeluruh. Projek pengubahsuaian bermula paada 16 April 2007. Kerja-kerja menaiktaraf lapangan terbang ini telah diperlakukan dan dijangka siap pada tahun 2009. Setelah siap sepenuhnya nanti lapangan terbang ini akan menerima pendaratan pesawat jenis Boeing 737 dan Airbus 320.


Projek pengubahsuaian sedang rancak dijalankan oleh kontraktor bumiputera yang menerajui sebagai kontraktor utama iaitu syarikat UNI-Integrated Sdn Bhd, Melaka. Projek ini diawasi oleh syarikat KLIACs iaitu anak syarikat KLIA. Lapangan terbang ini akan dikenali sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka. Lapangan Terbang Batu Berendam dalam proses hampir siap naiktarafnya. Jika siap kelak penerbangan terus dari Melaka ke Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu. Selain itu projek landasan berkembar elektrik dari Tampin ke Melaka yang dicadangkan turut melalui lapangan terbang ini.
Majlis minihandover lapangan terbang ini dijangka dilakukan pada pertengahan Mei 2009. Iaitu diantara syarikat UNI-Integrated kepada KLIACs, dan KLIACs pula kepada MAB. Selepas ini lapangan terbang Batu Berendam akan dikenali sebagai 'LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA MELAKA' (Melaka International Airport-MIA).
Dalam pada itu, projek Pemanjangan Landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka Fasa II telah dilakukan. Jarak pemanjangan ini bermula dari 1,800 meter sedia ada sekarang hingga ke 2,315 meter.


Antara Tempat Pelancongan yang Menarik

Mini Malaysia & “Asean Culture Park”
Jika anda berminat untuk mengenali rumah budaya orang Malaysia, anda boleh mengunjungi Mini Malaysia. Terdapat 14 rumah daripada pelbagai negeri yang dipamerkan di sini.
Di samping itu, turut diadakan beberapa persembahan kebudayaan bagi menarik lebih ramai pengunjung.
Harga tiket
Dewasa : RM15  
kanak-kanak : RM 8
Dibuka daripada jam 9 pagi sehingga 5 petang.
 Melaka Wonderland
Merupakan tarikan terbaru Negeri Melaka iaitu “Melaka Wonderland”. Ia adalah Taman Tema Air yang terbaru diwujudkan  dan bertempat sekitar Air Keroh Melaka. Pasti menyeronokkan! Selain Taman Tema Air,berhampiran “Melaka Wonderland” juga ada terdapat  “Dinosaur Park”.

TAMAN TEMA AIR


DEWASA

KANAK-KANAK
ISNIN -JUMAAT
RM 28.00
RM 22.00
SABTU & AHAD
RM 32.00
RM 27.00

   
     DINASOUR PARK
            
                DEWASA
       
          KANAK-KANAK
      ISNIN -JUMAAT
               RM 15.00
                RM 20.00
      SABTU & AHAD
               RM 15.00
                RM 20.00

Menara Taming Sari
Menara Taming Sari merupakan menara pandang setinggi 110 meter yang terletak di Bandar Hilir Melaka (bersebelahan Datara Pahlawan).
Menara ini dapat berputar 360 darjah untuk para pelawat melihat panorama Bandar Melaka secara keseluruhan. Ia adalah Menara Berputar jenis Gyro, yang pertama di Malaysia.
Kos pembinaannya menelan belanja sekitar RM 24 juta. Menara ini dibuka secara rasmi pada 18 April 2008. Rekaannya adalah berdasarkan reka bentuk Keris Taming Sari. Ia mampu memuatkan sehingga 66 orang dalam satu-satu masa.
Dibuka mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam



Untuk pelancong asing
Harga tiket
Dewasa : RM20,
kanak-kanak : RM10
 warga emas : RM17


Manakala untuk pemegang Mycard
Harga tiket
 Dewasa : RM10
 kanak-kanak : RM5

Menara tersebut yang dibina menggunakan kepakaran Switzerland mampu mengangkut seramai 240 penumpang dalam tempoh sejam. Satu sesi putaran akan mengambil masa kira-kira 7 minit.

Kota A Famosa Melaka
Peninggalan penaklukan Portugis Kota A Famosa ialahlandmarkNegeri Melaka. Kubu yang dibina oleh kerajaan Portugis pada 1511 ini kononnya kebal menahan serangan pihak lawan yang datang daripada arah laut.
Namun, kubu ini musnah akibat serangan bertalu-talu daripada pihak Belanda tetapi bahagian depan Kubu ini masih kukuh dan tersergam sehingga ke hari ini. Kubu A’Famosa dibina daripada blok-blok batu merah yang tidak seragam bentuknya dan di hadapan kubu ini terdapat sebilah meriam besi yang sering diabadikan pengunjung untuk merakamkan kenangan.

 Jonker Street
Jika anda ke Melaka, harus singgah ke Jonker Street atau Jonker Walk yang terletak di Melaka Chinatown. Jalan yang kecil ini terkenal sebagai tempat penjualan pelbagai jenis barangan termasuk barang-barang peninggalan sejarah.  Bagi penggemar barangan antik, anda wajib datang ke tempat ini!





Taman Buaya Melaka

Taman Buaya Melaka

Taman Buaya Melaka mempunyai kira-kira 100 spesies buaya dari serata dunia yang dipelihara dalam suasana yang hampir menyamai habitat semulajadi mereka.Pengunjung juga boleh menyaksikan persembahan dan pertunjukan yang dipersembahkan oleh penjaga buaya ini pada setiap hari Sabtu. Pertunjukan yang mendebarkan ini pasti akan membuatkan anda tidak senang duduk

Tarikan terbaru di Taman Buaya yang menjadi salah satu tarikan utama kepada pengunjung ialah Taman Permainan Air.Terbuka kepada semua dan ia mempunyai keluasan 6000 kaki per segi dan kedalaman diantara 1.5' dan 2.5'.Tarikan lain di taman ini termasuklah rumah hantu dan pelbagai kemudahan rekreasi yang lain.







Bayaran Masuk:
Dewasa: RM10.00
Kanak-Kanak: RM6.00

Waktu operasi ; Setiap hari 9:00 pagi hingga 6 :00 petang


Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:Taman Buaya Melaka
Pusat Pelancongan Ayer Keroh
Ayer Keroh 75450,
Melaka
Tel: +606-232 2349 / 232 2350
Faks: +606-231 9136

tempat pelancongan yang menarik di Melaka telah diwujudkan

ZOOMELAKA

Zoo Melaka, yang terletak di Ayer Keroh, adalah salah satu tempat tarikan utama pengunjung berikutan kedudukannya yang strategik, iaitu di Lebuh Ayer Keroh, jalan utama yang menghubungkan Melaka dengan Lebuhraya Utara-Selatan. Zoo ini dianggap sebagai salah sebuah zoo yang tertua di Malaysia dan ianya menjadi kediaman pelbagai spesies binatang yang kini diancam kepupusan.

ZOOMALAM

Bagi pengunjung yang tidak mempunyai aktiviti pada waktu malam, bolehlah berkunjung ke Zoo Malam pada waktu berikut:-
Dibuka pada :
setiap Jumaat dan Sabtu, sehari sebelum cuti umum dan cuti sekolah
masa operasi :
8.00 malam hingga 11.00 malam
bayaran :
RM 10.00 (dewasa)
RM5.00 (kanak-kanak)












Friday, October 31, 2014

LAGU MELAKA

  • "MELAKA MAJU JAYA"
  • Melaka Negeri Bersejarah
  • Tempat Tumpahnya Darah Kita
  • Dijunjung Dengan Sepenuh Jiwa
  • Untuk Maju Dan Jaya
  • Rakyat Melaka Sudah Bersatu Padu
  • Berikrar Taat Setia
  • Jujur Berkhidmat Setiap Masa
  • Melaka Maju Jaya